fbpx

Pengerusi JPKK Sabak Bernam direman kes salah guna kuasa peruntukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di mahkamah hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Sabak Bernam direman empat hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa berhubung peruntukan wang jawatan kuasa itu.

Perintah reman terhadap suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Noora Nisa Ngadirin di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sumber berkata, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Katanya, hasil maklumat mendapati pengerusi-pengerusi JPKK di daerah itu menyalahgunakan kuasa dengan membuat pindahwan wang dari akaun JPKK ke akaun persendirian bagi kegunaan peribadi tanpa kebenaran ahlinya.

“Mereka turut dipercayai membuat pembelian aset tanpa kebenaran mana-mana pihak dan tidak mengemukakan bukti-bukti pembayaran perbelanjaan kepada ahli mesyuarat JPKK,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI