fbpx

Pegawai perubatan disyaki ambil RM1.5 juta beli barang ‘murah’ e-dagang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi pegawai SPRM bagi permohonan reman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON / KOSMO!

MELAKA – Seorang penolong pegawai perubatan di sebuah Pejabat Kesihatan Daerah di sini direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki mengemukakan butir matan palsu berjumlah kira-kira RM1.5 juta, dua tahun lalu.

Tempoh reman sehingga 29 April itu dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd. Ghani terhadap suspek berusia 47 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek dipercayai mengemukakan butir matan palsu bagi kerja-kerja perolehan peralatan dan bukan perubatan sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9 pagi dengan menaiki kenderaan khas SPRM.

Difahamkan, suspek telah meluluskan perolehan itu kepada kontraktor, namun dia kemudiannya telah meminta semula kesemua peruntukan berjumlah RM1.5 juta dan menggunakannya untuk membeli barangan melalui platform e-dagang yang tidak menepati kualiti sepatutnya.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 2.28 petang semalam selepas hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI