fbpx

PBAKL sasar 1.9 juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khair (kanan) dan Datuk Azman Adnan (dua dari kanan) ketika merasmikan Majlis Pra Pelancaran PBAKL 2025 di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.

KUALA LUMPUR – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 23 Mei hingga 1 Jun ini menyasarkan kehadiran seramai 1.9 juta pengunjung.

Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan sambutan luar biasa daripada pemain industri buku tempatan dan antarabangsa yang menunjukkan peningkatan tahun lepas.

“Tahun lalu kita capai 1.8 juta pengunjung, jadi kali ini kita yakin boleh cecah 1.9 juta kerana keterlibatan industri yang sangat memberangsangkan,” katanya ketika sidang akhbar di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, hari ini.

Tambah beliau, lebih 280 pempamer dan 1,000 reruai akan memeriahkan pesta buku terbesar negara itu, termasuk penyertaan dari luar negara menerusi Asean Rights Fair (ARF).

Menariknya, PBAKL tahun ini mengekalkan konsep hybrid, di mana pengunjung boleh membeli buku secara fizikal mahupun dalam talian menerusi platform seperti TikTok dan Shopee.

“Sudah tiga tahun kita raikan dunia digital dan pendekatan ini terbukti berjaya memberi akses lebih mudah kepada pembaca di seluruh negara,” ujarnya.

Antara tarikan utama kali ini adalah pelancaran galeri khas TEROKA yang mempamerkan evolusi perbukuan dan sastera tanah air, termasuk khazanah buku tempatan yang menerima pengiktirafan UNESCO.

Dalam pada itu, Mohd. Khair turut mengumumkan peruntukan RM200,000 sebagai geran terjemahan kepada penerbit luar negara yang berminat untuk menterjemahkan karya-karya tempatan ke peringkat antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI