fbpx

Orang Asli maut, Toyota Hilux terbabas jatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit di dalam sebuah trak pikap yang terjunam ke dalam Sungai Belatop di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang hari ini. - Foto JBPM

GUA MUSANG – Seorang lelaki Orang Asli maut selepas sebuah trak pikap yang dinaiki bersama lima rakan sekerjanya terbabas di atas jambatan sebelum terjunam kira-kira 40 meter ke dalam Sungai Belatop dekat Tanah Tinggi Lojing di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Jali Harun, 50, dari Pos Brooke di sini meninggal dunia di lokasi kejadian apabila tersepit dan dihempap pintu kenderaan tersebut yang terbenam di dalam sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.40 petang sebelum seramai 19 anggota dan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan BBP Cameron Highlands bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa bersama empat rakannya menaiki sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kampung Raja, Cameron Highland di Pahang menuju ke sebuah tapak projek.

“Semasa tiba di lokasi kejadian iaitu Jambatan simpang ke Moon River Lodge, kenderaan tersebut dikatakan hilang kawalan lalu terjunam ke dalam cerun tebing Sungai Belatop sedalam 40 meter.

“Mangsa yang tersepit dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi yang terselamat dibawa naik oleh pihak bomba menggunakan tali,” katanya.

Nor Azizi memberitahu, pihak bomba mengambil masa satu jam lima belas minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa.

Katanya, bantuan kren turut digunakan untuk mengangkat kenderaan yang remuk naik ke atas jambatan bagi memudahkan kerja mengeluarkan mangsa tersepit.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI