fbpx

ManjaBerries sasar jualan produk baharunya naik dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhasmiza (dua dari kanan) pada majlis pelancaran produk terbaharu ManjaBerries di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – ManjaBerries, produk suplimen kesihatan untuk wanita, telah melancarkan dua produk baharunya iaitu Manja  Tab dan ManjaBerries XS yang dihasilkan daripada bahan bahan semula jadi yang berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Pengasas produk, Norhasmiza Md Ghaus berkata, produk yang dihasilkan tanpa gula, bahan pengawet itu difokuskan kepada pelanggan berusia 40 tahun ke atas untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan berkualiti.

Menurut beliau, sehingga kini, produk yang telah menjalani proses kajian dan pembangunan yang teliti itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga mencecah kepada lebih 30,000 botol dalam tempoh lima bulan.

“Kami jangkakan jualan akan berganda menjelang akhir tahun ini dipacu oleh faktor keyakinan pelanggan sedia ada dan testimoni positif yang diterima terhadap produk berkenaan telah menarik minat pelanggan baharu mencubanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu tersebut di sini baru-baru ini.

Syarikat kini menawarkan produk ManjaBerries Advance, ManjaBerries Sunscreen, ManjaTab dan TAB dan MANJABerries XS.

Mengulas lanjut, Norhasmiza berkata, produk keluaran syarikat telah mula memasuki pasaran Singapura dan Brunei, dan bakal melebarkan sayap ke Indonesia dalam masa terdekat. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI