fbpx

Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia congak strategi bertemu Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cklamovski (kanan) optimis pasukan mampu melakar kejutan bertemu Vietnam pada Jun depan. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya tidak akan goyang kaki menjelang aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam apabila pihak pengurusan bersetuju untuk mengatur aksi persahabatan sebagai medan pemanas badan pada bulan depan.

Ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski mengakui persiapan pasukan sedikit terjejas apabila saingan Liga Malaysia sudah melabuhkan tirai secara rasmi apabila berakhir aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini.

“Kita akan mengadakan persiapan rapi untuk menentang Vietnam. Persiapan kali ini akan sedikit mencabar memandangkan ia berlangsung ketika saingan liga sudah tamat, jadi pemain menyegarkan diri selepas mengharungi musim yang panjang.

“Ini satu aksi yang sukar tetapi ia bukanlah mustahil kerana kita akan memberikan segalanya. Kita perlukan satu atau dua perlawanan persahabatan supaya pemain mendapat rentak sebelum menentang Vietnam.

“Kita akan umumkan nanti (aksi persahabatan),” kata Cklamovksi ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Sebagai rekod, Malaysia dan Vietnam memulakan aksi Kumpulan F dengan langkah kanan apabila menang aksi pertama kelayakan bulan lalu.

Kedua-dua pasukan terdesak untuk meneruskan momentum kerana hanya juara setiap kumpulan pada pusingan kelayakan ini akan mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI