KUALA LUMPUR – Pelakon Beego meminta isterinya Linda Hashim mengemukakan bukti berkaitan tuduhan pernah mengasari wanita itu sebelum ini.
Dalam masa sama, Beego atau nama sebenarnya pemilik nama lengkap Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, turut menasihati Linda agar tidak mencetuskan apa-apa provokasi.
“Saya taknak komen lebih-lebih, kalau ada gambar betul (dipukul) keluarkan.
“Tak cabar sebab saya tahu takde ada pun (bukti. Saya sendiri tak muat naik apa-apa foto dan selesaikan cara baik.
“Tak perlu provokasi persepsi masyrakat (gambar dipukul).
“Kalau nak main persepsi, kita boleh main. Sampai hari ini saya tak main naik apa-apa yang boleh cemarkan atau aibkan Linda,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Berkongsi lanjut, pelakon filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita itu kesal apabila tidak ada ruang dan peluang untuk berjumpa mahupun berkomunikasi dengan isterinya sejak Oktober tahun lalu.
“Kahwin pun 11 tahun, kalau nak selamatkan rumah tangga setakat setahun apalah sangat.
“Sebelum itu ada pujuk tetapi selepas naik mahkamah sampai sekarang saya tak diberi ruang untuk jumpa dia. Maksudnya dia cuba elakkan.
“Saya tiada ruang untuk berbincang. Saya masih lagi kat rumah saya tetapi dia dah keluar dari rumah enam bulan lepas, saya tak salahkan dia,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia akur dan tidak mendesak selain mahu berikan yang terbaik dalam rumah tangga.
“Kita faham proses undang-undang dan tak mendesak tetapi kita cuba yang terbaik.
“Saya suami yang sah lagi tetapi tak diberi ruang.
“Dia cuba elak dan pada masa sama tegas dengan keputusan untuk berpisah,” jelasnya.
Hari ini, Linda mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 2016.
Linda juga pernah memuat naik foto wajahnya yang lebam yang dipercayai sedang menjalani penggambaran. – KOSMO! ONLINE