fbpx

Edika sudah banyak kali lafaz talak – Nor Hidayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDAYAH mendedahkan kemelut rumah tangganya terpaksa dinawa ke mahkamah akibat sikap Edika sendiri.

KUALA LUMPUR – Enggan lagi berselindung, isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri mendakwa suaminya sudah banyak kali melafazkan talak terhadapnya.

Kata wanita berusia 47 itu, tindakan suaminya itu antara sebab dia mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian yang difailkan pada Februari lalu.

“Memang saya yang mohon bercerai, tapi sebenarnya ini bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah membuat pengesahan lafaz talak yang sudah dilafazkan banyak kali.

“Tapi Edika menafikan semuanya, malah sudah mengangkat sumpah laknat pada Januari lalu, jadi saya teruskan dengan permohonan cerai.

“Disember 2024 juga saya sudah buat pengesahan lafaz cerai dan bulan sama Edika sumpah laknat pun saya sudah naik mahkamah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Pada prosiding sebutan kedua permohonan perceraian itu, lafaz talak hanya dapat dilakukan pelakon terbabit pada 5 Mei ini berikutan Nor Hidayah dalam keadaan tidak suci atau haid.

Pada masa sama, Nor Hidayah berkata dia tiada masalah untuk meneruskan hubungan baik dengan Edika selepas berlakunya perceraian nantim

“Saya tiada masalah berkawan lagi dengannya sebab saya sendiri untuk selesaikan hal kami secara elok agar orang tidak tahu.

“Tapi dia yang mahu panjangkan (ke mahkamah) dan inilah yang berlaku (jadi perhatian ramai),” ujarnya.

Menurut wanita yang berkerusi roda akibat kesan meningitis sejak 19 tahun lalu, proses perceraian mereka turut diketahui anak-anak mereka.

“Anak-anak tahu semua yang terjadi. Minta maaf saya tak boleh cakap lebih-lebih, terpulang pada Edika apa dia nak cakap,” katanya.

Sementara itu, anak sulung hasil perkahwinan Nor Hidayah dan Edika iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21, yang hadir menemani ibunya berkata, perceraian adalah jalan terbaik buat ibu dan ayahnya.

“Selagi saya masih hidup saya boleh jaga dia (ibu). Tiada apa yang boleh saya cakap tapi saya rasa jalan ini yang terbaik buat ibu dan ayah saya.

“Kedua-duanya akan kurang tekanan dan saya pun sudah biasa dari kecil buat benda ini jadi untuk saya tiada beza,” kongsinya.

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan Nor Hidayah.

Peguam syarie mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates berkata pihak mahkamah juga membenarkan pihak Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI