fbpx

Dua pemain ‘disekat’ bertemu Manchester United – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sergio Aguero jadi salah seorang pemain yang menjadi taruhan dalam kem skuad Harimau Malaya, bulan depan. - Foto ihsan FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan terpaksa ‘menyekat’ dua pemain kebangsaan daripada beraksi pada aksi persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United pada bulan depan.

Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengesahkan pihaknya sudah mendapat permohonan daripada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk mendapatkan tiga pemain negara bagi mewakili skuad ASEAN All-Stars nanti.

Kata Mohd Joehari, dua daripada pemain yang diminta seperti Dominic Tan dan Sergio Aguero terpaksa dihalang daripada bersaing menentang The Red Devils kerana terikat dengan agenda nasional.

“Dua pemain kita tidak dapat berikan untuk menyertai skuad ASEAN All Stars iaitu Dominic dan Aguero. Mereka terikat dengan komitmen bersama skuad kebangsaan yang bertindih dengan jadual perlawanan terbabit.

“Namun, kita telah mencadangkan lima lagi senarai pemain sebagai ganti kepada AFF dan bergantung kepada mereka untuk terima atau tidak.

“Pemain-pemain terbabit juga bertaraf kebangsaan dan pernah mewakili skuad negara sebelum ini dan antaranya seperti Ahmad Khuzaimi Piee,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Difahamkan, seorang pemain yang hampir pasti bersama skuad ASEAN All Stars kendalian Kim Sang-sik adalah penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli.

Sebelum ini AFF telah mendedahkan seramai 17 pemain dari pelbagai negara rantau Asia Tenggara sudah dirisik bagi bertemu pasukan kendalian Ruben Amorim di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei depan.

Tiket aksi bertemu The Red Devils mula dijual sejak minggu lalu dengan sambutan cukup menggalakkan daripada peminat bola sepak rantau Asia Tenggara apabila lebih 45,000 keping sudah terjual dengan kapasiti stadium boleh memuatkan 80,000 penonton. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI