fbpx

ADUN Senai dakwa polis buat silap tahan suspek sunting gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOR YANG (kiri) berbincang dengan keluarga suspek terlibat kegiatan sunting gambar lucah (kanan) dan peguam di pekarangan Mahkamah Majistret Kulai, hari ini.

KULAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Bor Yang mendakwa polis telah melakukan kesilapan dengan menahan suspek terlibat kes sunting gambar lucah di sebuah sekolah swasta di sini melebihi tempoh reman.

Bor Yang berkata, tempoh reman suspek sepatutnya tamat pada pukul 4 petang Isnin lalu, yang mana suspek sama ada perlu didakwa di mahkamah atau dilepaskan.

“Namun pihak polis gagal berbuat demikian, mungkin ada kesilapan di pihak polis. Sehubungan itu, peguam akan menggunakan saluran undang-undang untuk meminta penjelasan.

“Tindakan menahan suspek melebihi tempoh reman sebelum pendakwaan dibuat hari ini menyebabkan ahli keluarga tidak mempunyai banyak masa untuk bertemu dan berbincang samada mahu mengaku salah atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kulai, di sini hari ini. Turut hadir bapa kepada tertuduh.

Tambah Bor Yang, kehadirannya ke mahkamah hari ini adalah atas permintaan ahli keluarga tertuduh untuk membantu anak mereka yang terlibat dalam kejadian ini.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar memaklumkan pihaknya telah menahan suspek berusia 16 tahun pada 8 April lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Remaja terbabit dipercayai telah menyunting gambar lucah menggunakan wajah mangsa dan mengedarkannya di media sosial untuk dijual kepada orang awam dengan harga RM2. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI