fbpx

[VIDEO] 35 rumah terjejas, kolam tadahan Taman Seri Alam pecah kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air dari kolam takungan melimpah keluar ke rumah penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama selepas benteng di situ pecah.

KUALA SELANGOR – Benteng sebuah kolam takungan berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Utama di sini, pecah sekali lagi awal pagi tadi, menyebabkan air melimpah keluar ke kawasan perumahan itu.

Kira-kira 35 buah rumah dimasuki air, manakala berpuluh-puluh lagi dinaiki air di bahagian tempat letak kereta.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi ketika hujan lebat menyebabkan ratusan penduduk di taman perumahan itu kelam-kabut memindahkan barang dan kenderaan ke tempat selamat.

Difahamkan, ini merupakan kejadian kali ketiga kolam takungan itu pecah.

Gambar dan video mengenai kejadian itu turut tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan ramai kerana ia bukan kali pertama pecah.

Keadaan benteng kolam takungan yang pecah berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Utama pada pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kira-kira pukul 7.26 pagi.

“Setiba di lokasi, komander operasi mendapati berlaku kejadian banjir setinggi 0.3 meter.

“Sebanyak 35 buah rumah terjejas, namun tiada tiada pemindahan mangsa dilakukan,” jelasnya.

Kosmo! pada 29 Disember tahun lalu pernah melaporkan, benteng kolam takungan itu yang pecah telah mengakibatkan limpahan air umpama tsunami.

Ekoran itu, benteng penghadang sementara telah dibina di lokasi runtuhan bagi mengelak limpahan air berulang sekiranya hujan lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI