fbpx

2 warga Malaysia tunggang motosikal tanpa nombor plat di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran. - Foto Stomp

SINGAPURA – Dua motosikal tanpa nombor pendaftaran, dipercayai dari Malaysia dikesan di Lebuh Raya Bukit Timah (BKE), Singapura, lapor laman berita Stomp hari ini.

Seorang lelaki dikenali sebagai Richard berkongsikan gambar yang menunjukkan dua lelaki menunggang motosikal tersebut.

“Saya terkejut apabila melihat bukan hanya satu tetapi dua motosikal yang kelihatan seperti dari Malaysia.

“Ia berlaku dalam masa selang lima minit. Bagaimana mereka boleh melepasi pihak berkuasa di pusat pemeriksaan?

“Tanpa nombor plat, ini bermaksud mereka melakukan kesalahan lalu lintas atau langgar lari,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI