fbpx

[VIDEO] Pemuda longlai, kena belasah sekumpulan lelaki berlagak samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pemuda dipukul beramai-ramai dipercayai berlaku di Pasir Gudang, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda dipercayai cedera teruk selepas menjadi mangsa pukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah rumah disyaki berlaku di Pasir Gudang di sini.

Kejadian itu tular di laman sosial menunjukkan beberapa video mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh lebih daripada lima hingga tujuh lelaki lain.

Mangsa dipegang beberapa individu sebelum ditumbuk dan dibelasah pada bahagian muka, dada serta anggota badan lain.

Salah satu klip video berkaitan turut menunjukkan alat kemaluan mangsa turut dipukul dan ditendang.

Mangsa yang tidak melawan kelihatan lemah meronta-ronta mengerang kesakitan selain hidung kelihatan berdarah.

Rata-rata netizen mengecam tindakan sekumpulan samseng itu dan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian itu.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan seorang wanita sebelum wanita itu memanggil rakan-rakannya membelasah si mangsa.

Menerusi komen di berkaitan video yang tular itu juga, kejadian itu disyaki dirakam wanita berkenaan.

Sementara itu, Kosmo! sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian itu dengan pasukan PDRM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI