fbpx

Tujuh menara telekomunikasi dibina di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Roslan semasa menjawab soalan pada persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga DUN Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN UPKN.

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan meluluskan pembinaan tujuh menara telekomunikasi termasuk di Gua Musang tahun ini bagi memastikan penduduk di negeri ini dapat menikmati liputan 5G yang baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, sebanyak 232 tapak pemancar 5G telah dibangunkan di Kelantan sehingga 31 Januari lalu dengan memberi liputan sebanyak 67 peratus di kawasan berpenduduk.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan sentiasa berbincang, merancang dan melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan.

“Antara langkah yang dilakukan seperti menambah lokasi baharu menara telekomunikasi, menaik taraf atau menambah kapasiti rangkaian, menjalankan ujian dan pemeriksaan secara berkala rangkaian yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Wan Rohimi Wan Daud (Pas-Melor) mengenai langkah kerajaan negeri dalam membantu menyediakan talian penghantaran Fiber Optik pada persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Wan Roslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor memberitahu, sebagai galakan kepada projek pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Kelantan, kerajaan negeri telah mempertimbangkan beberapa insentif bagi memastikan peningkatan kebolehcapaian jaringan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan negeri telah melaksanakan pengurangan sebanyak 50 peratus bagi bayaran fi hak akses di bawah enakmen hak akses dan penggunaan tanah infrastruktur utiliti Kelantan 2022 bagi projek Pembangunan infrastruktur telekomunikasi oleh Kerajaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI