fbpx

Skandal rasuah ADUN Sabah: Masih tunggu laporan forensik audio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ketika Majlis Konvokesyen CeIO kali ke-11 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini. Foto oleh SHIDDIQIEN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu laporan forensik berhubung 10 rakaman audio berhubung dakwaan skandal rasuah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bagaimanapun laporan forensik tersebut dijangka selesai tidak lama lagi.

“Setakat ini masih ‘pending investigation’, dimana kita masih lagi menunggu laporan forensik berhubung 10 audio diserahkan. Saya jangka tidak lama lagi akan selesai sebab penilaian sedang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke-11 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, walaupun laporan forensik audio masih dianalisis, kesemua lapan ADUN didakwa terlibat dalam skandal rasuah juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

“Seperti mana saya pernah sebutkan sebelum ini, walaupun analisis audio masih belum siap, namun kesemua lapan ADUN termasuk juga ada kes baharu melibatkan tohmahan seorang speaker.

“Kita panggil juga mereka untuk bertanyakan soalan-soalan berdasarkan apa yang diperolehi daripada 10 audio. Minta bersabar dulu, nanti saya akan maklumkan lagi perkembangan lanjut,” katanya.

Terdahulu Kerajaan Sabah bersedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM untuk menyiasat susulan tular rakaman audio ADUN negeri tersebut dikatakan membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit berkaitan perolehan projek mineral.

Sebelum ini, Azam mengesahkan seorang pemberi maklumat berkenaan kes klip video beberapa ADUN membincangkan rasuah telah berjumpa dengan pegawai suruhanjaya itu pada 30 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI