fbpx

PRK Ayer Kuning: Peratus undi awal dijangka cecah 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlan (tengah) bercakap pada sidang akhbar di PGA Bidor di Tapah hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini boleh mencecah 100 peratus.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sehingga pukul 9 pagi ini, kira-kira 22.8 peratus anggota polis dan pasangan telah pun menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Malah katanya, 24 warga polis yang didaftarkan di pusat pengundian di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah juga telah selesai membuang undi.

“Seramai 500 pengundi awal direkodkan di mana 476 orang di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor manakala 24 lagi di Kompleks Perumahan IPD Tapah.

“Difahamkan, 24 pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka di IPD Tapah dan di sini (PGA) kita jangka sekitar pukul 10.30 nanti akan selesai,” katanya dalam sidang akhbar di pusat mengundi di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor, di sini hari ini.

Menurut beliau, SPR menerima 27 laporan berkaitan pelbagai kesalahan sepanjang proses pilihan raya kecil berlangsung bermula 12 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI