fbpx

Pemandu lori bunuh bapa tanpa niat dipenjara tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P.Niruben dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat terhadap bapanya, dua tahun lalu. FOTO NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pemandu lori terlepas hukuman gantung sampai mati, sebaliknya hanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat terhadap bapanya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh P.Niruben, 28, atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Rohani berkata, hukuman terbabit dijatuhkan selepas menimbang rayuan mitigasi peguam dan hujahan pemberat daripada pihak pendakwaan.

Beliau turut menasihatkan tertuduh supaya bersabar dan lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan pada masa hadapan.

“Jadi kamu boleh bersabar ya jangan buat tindakan yang melulu. Kamu bernasib baik sebab tidak diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, itu boleh kena gantung sampai mati,” katanya pada prosiding keputusan kes di sini hari ini.

Niruben diperintahkan menjalani hukuman pemenjaraan itu bermula dari tarikh tangkap pada 5 Ogos 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI