fbpx

Menyamar pegawai JPN dapatkan sijil kelahiran palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek termasuk kakitangan hospital swasta (kiri) yang dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang kakitangan sebuah hospital swasta didapati telah menyamar sebagai Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi urusan sindiket proses pembelian bayi dan penyediaan sijil kelahiran dengan bayaran RM10,000.

Suspek itu antara dua wanita yang ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sumber berkata, suspek wanita berusia 43 tahun tersebut bertugas di sebuah hospital swasta di Melaka.

Katanya, peranannya adalah mendapatkan sijil kelahiran menggunakan butiran matan palsu.

“Ini bagi pengesahan kelahiran bayi-bayi yang diuruskan oleh ejen sedangkan tiada rekod kelahiran bayi di hospital yang terlibat,” katanya hari ini.

Sumber menambah, seorang lagi suspek yang ditahan berusia 49 tahun dengan siasatan mendapati perbuatan mereka dilakukan pada tahun 2023.

“Siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 yang dimasukkan melalui akaun bank milik ejen,” katanya.

Penahanan kedua-dua suspek dilakukan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam ketika memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

“Mereka ditahan menerusi Op Child yang merupakan rentetan daripada Op Birth yang melibatkan ejen dan sindiket,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkalan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan komplot pemalsuan butiran pengesahan kelahiran ‘bayi segera’ terus dibongkar apabila dua lagi individu direman hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI