fbpx

MCMC panggil individu muat naik kandungan palsu terhadap Kerajaan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dirakam percakapan oleh pegawai MCMC berhubung muat naik kandungan palsu terhadap kerajaan negeri Pahang. - Foto MCMC

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan negeri Pahang di platform Facebook miliknya pada 19 April lalu.

MCMC dalam kenyataannya memaklumkan, kandungan tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) dan ekoran itu, pelbagai spekulasi dan persepsi negatif timbul dalam kalangan orang awam, berkaitan pekebun haram di daerah Raub, Pahang.

“Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam. Sebuah telefon bimbit serta satu kad sim telah disita bagi tujuan analisis forensik.

“Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut MCMC hari ini.

MCMC tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman media sosial bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI