JAKARTA – Pengguna jalan raya di Stesen Tugu, Jogjakarta terkejut apabila melihat ‘kaki manusia’ dalam keadaan terbalik dan diletakkan di dalam karung yang dibawa oleh seorang penunggang motosikal, lapor laman berita Baca Jogja.
Kejadian berlaku pada 19 April lalu sekitar pukul 7.34 malam (waktu tempatan) ketika jalan sesak.
Dalam gambar yang dimuat naik di laman sosial, sekali pandang, objek tersebut kelihatan seperti kaki manusia yang diikat di dalam karung.
Namun, ia sebenarnya kaki patung, berkemungkinan yang sering digunakan di kedai-kedai baju.
Penunggang motosikal itu menjadi perhatian pengguna jalan raya, manakala hantaran mengenainya tular di media sosial.
“Kusangkakan pocong, rupanya patung dalam karung,” kata seorang netizen.
“Kalau terjumpa begini ketika jalan lengang, memang jantung akan luruh,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI