fbpx

Jambatan bailey Sg. Liat dibuka Rabu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (empat dari kanan) meninjau lokasi jambatan Sg. Liat yang runtuh di Felda Sg. Klah, Sungkai di Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Jambatan bailey sepanjang 46 meter yang dibina di lokasi jambatan runtuh di Sungai Liat, Felda Sungai Klah di sini dijangka boleh digunakan orang ramai bermula Rabu depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemasangan jambatan bailey itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta bermula esok dan dijangka siap dibina Ahad ini.

“Kerja-kerja membaiki jalan menuju ke jambatan itu akan dilaksanakan sedikit-sebanyak dan kemungkinan besar hari Rabu akan dibuka kepada awam.

“Ia akan menghubungkan Felda Sg. Klah dan Felda Residence Hotspring serta Kg. Orang Asli Sg. Tisong yang mempunyai lebih 500 orang penduduk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja bagi meninjau lokasi jambatan Sg. Liat yang runtuh akibat arus deras sungai berkenaan pada Sabtu lalu.

Ahmad berkata, secara lazimnya jambatan bailey yang dipasang akan digantikan dengan jambatan kekal bergantung kepada peruntukan JKR, kerajaan negeri dan Pusat.

“Kami mengambil tanggungjawab membaiki jambatan ini demi rakyat kerana ia jalan digunakan oleh peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengeluarkan hasil sawit,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad berkata, jalan berkenaan akan didaftarkan dengan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya (MARRIS) bagi membolehkan kerajaan negeri menyelenggaranya menggunakan peruntukan persekutuan tahunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI