fbpx

Tiga GLC perluas tanaman padi di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy dalam Persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Kerajaan negeri bekerjasama dengan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha memperluas sektor penanaman padi di negeri ini bagi meningkatkan bekalan beras putih tempatan (BPT).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu diambil bagi menampung keperluan rakyat di negeri ini dan mengurangkan kebergantungan terhadap import beras.

“Antara penglibatan GLC yang telah dilaksanakan ialah Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) di kawasan Merchong melibatkan tanah seluas 525 hektar, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Rompin seluas 1,214 hektar, dan terkini Yayasan Pahang di kawasan Ganchong seluas 202 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah sesi perbahasan Sim Chon Siang (PH-Teruntum) terhadap soalan tambahan yang dibangkitkan Datuk Andansura Rabu (PN-Beserah) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Terdahulu, Andansura meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung inisiatif yang diambil untuk menangani isu kekurangan bekalan BPT memandangkan terdapat pengurangan peruntukan Belanjawan Pahang 2025 bagi sektor pertanian, industri dan asas tani, iaitu sebanyak RM36.78 juta berbanding RM58.93 juta pada tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI