fbpx

Penganggur ditahan curi lapan tong gas di Unimas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dicekup di sebuah rumah di Taman Uni Vista Kuching-Samarahan Expressway semalam.

KOTA SAMARAHAN – Seorang penjenayah tegar ditangkap selepas mencuri lapan tong gas memasak dari sebuah premis makanan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintendan Damataries Lautin berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Taman Uni Vista Kuching-Samarahan Expressway kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Suspek ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan dan akan dipohon reman hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, suspek yang juga penganggur dan penagih dadah turut didapati memiliki 12 rekod jenayah lampau.

Menjelas lanjut, Damataries berkata hasil soal siasat ke atas suspek, dia mengaku memecah masuk premis makanan tersebut bersama-sama seorang lagi rakan kira-kira pukul 11 malam, 3 April lalu.

Katanya, mereka kemudian mencuri lapan tong gas memasak dengan memasukkan ke dalam bonet belakang kereta Nissan Grand Livina milik suspek.

“Selepas itu, suspek menyembunyikan tong gas tersebut di semak tidak jauh dari rumahnya sementara dia mencari pembeli.

“Selang beberapa hari, suspek menjual tong gas itu di sebuah kedai di Bandar Baru Kota Samarahan dengan memperoleh hasil jualan RM600 dan kemudian memberikan RM150 kepada rakan sejenayahnya,” katanya.

Justeru, Damataries berkata pihaknya kini sedang mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI