fbpx

Nuraisyah, Ammar maut ketika pulang beraya rumah bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN membawa jenazah dua beradik keluar meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik, HSI, Johor Bahru selepas selesai bedah siasat dijalankan pagi hari ini. Foto oleh MOHD. SHARKAWI LONDING/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Dua beradik yang maut dalam tragedi pilu dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima malam semalam dalam perjalanan pulang beraya di rumah bapa mereka di Bandar Ulu Tiram di sini.

Ibu mangsa, Asilah Minhat, 38, berkata, ketika kejadian sekitar pukul 8.45 malam itu, dia berada di rumah dan hanya mengetahui mengenai kemalangan tersebut selepas dihubungi rakan mangsa.

“Mereka pergi beraya rumah bapa mereka di Bandar Ulu Tiram, kami sudah lama berpisah, saya dapat panggilan kira-kira pukul 9 lebih dan memang terkejut dengan berita berkenaan.

“Saya reda dengan pemergian mereka berdua, sudah puas menangis, benda nak jadi dan telah terjadi.

“Mereka merupakan anak sulung dan kedua daripada empat adik-beradik. Sebelum kejadian, tiada sebarang perubahan sikap, sama sahaja,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Asilah yang juga ibu tunggal itu memaklumkan, jenazah Ammar Saifullah Zaibur, 15, dan kakaknya, Nuraisyah Amalin, 20, akan dikebumikan dalam dua liang lahad di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, sebelum atau selepas waktu zohor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kemalangan berlaku sekitar pukul 9.50 malam itu dipercayai berpunca daripada motosikal yang dinaiki mangsa melanggar lampu merah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI