fbpx

Muka senyum, modal jahat Shukri Yahaya menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUKRI menyahut cabaran pengarah agar banyak bermain ekspresi wajah dan senyuman untuk menggoda penghayatan penonton menerusi filem Blood Brothers. – AMIR KHALID

JIKA menerusi drama televisyen, Shukri Yahaya sering menjadi penghias drama kekeluargaan atau cinta memegang watak romantis, suami kejam atau curang. 

Karakter sedemikian ibaratnya sudah sebati dalam diri pemilik nama lengkap Mohd. Shukri Yahaya, ditambah pula ketampanan mudah mencairkan hati wanita.

Namun, kemunculannya dalam filem aksi Blood Brothers: Bara Naga nyata memberikan dimensi berbeza, lari daripada kebiasaan.

Shukri berjaya mengubah skeptikal segelintir kaki wayang terhadap dirinya apabila memegang watak Fadlan yang merupakan salah seorang ahli gangster dengan baik.

Meskipun mempamerkan lagak aksi dan pertarungan hebat, pelakon berusia 37 tahun itu tetap tidak berpuas hati dengan lakonan yang diberikan. 

“Sebagai seorang pelakon sudah tentu banyak perkara yang saya rasa tak puas.

“Ada juga yang saya rasa mungkin saya boleh buat lebih baik.

“Saya rasa berdebar-debar sebab ini kira filem pertama saya kan? Saya takut kalau-kalau orang tak suka dan minta saya terus buat drama sahaja,” katanya kepada HibGlam. 

Malah, Shukri juga mengakui watak Fadlan sukar untuk digalas, namun dia juga berharap Blood Brothers: Bara Naga menjadi pencetus untuk memvariasi genre lakonannya. 

“Susah nak bawa watak Fadlan sebab nak sorok kejahatan saya. Orang pun tak pernah tengok saya mainkan karakter begini. 

“Abhilash (pengarah) minta saya gunakan wajah dan senyuman supaya orang tidak dapat kesan watak saya. 

“Jadi, dengan filem seperti inilah dapat menguji lakonan dan saya sendiri dapat meneroka bakat saya lagi,” ujarnya lagi. 

Tanggal baju 

Ditanya mengenai babak yang memerlukan menanggalkan baju, aktor yang terjun ke arena hiburan sekitar tahun 2011 itu setuju berbuat demikian bagi menghidupkan watak Fadlan.

“Saya rela hati buat aksi itu (buka baju) bagi menghidupkan watak ini.

“Saya harap orang terima sebab saya nak juga penonton nampak kelainan,” tuturnya ringkas. 

Berkongsi lanjut, Shukri memaklumkan dia perlu menjaga pemakanan dan bersenam bagi mendapatkan badan ideal bersesuaian dengan watak.

“Untuk menjayakan babak itu pula saya memang buat badan dan jaga pemakanan selama enam bulan. 

“Saya banyakkan bersenam di rumah dan banyak buat persiapan dari segi latihan sparring bersama pasukan stunt,” kongsinya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI