fbpx

Malaysia tidak terlibat perang tarif bersama AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL ketika berucap pada Majlis Forum Perniagaan dan Pelaburan Bersama sempena JS-SEZ di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Malaysia tidak akan melibatkan diri dalam perang tarif bersama Amerika Syarikat (AS), sebaliknya memilih jalan rundingan untuk mencapai kemenangan buat kedua-dua pihak.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, untuk mencapai langkah tersebut, pihaknya akan bertemu wakil pelaburan AS di Washington, Khamis ini.

Katanya, Malaysia bersama-sama rakan negara ASEAN juga telah bersetuju untuk tidak memperkenalkan tarif balas.

“Malaysia komited mencapai penyelesaian yang dapat mengekalkan akses pasaran dan rantaian bekalan penting, menarik pelaburan asing berterusan serta menyokong kebajikan pekerja dan perniagaan kita.

“Daripada perspektif ASEAN, tindakan membalas tarif adalah tidak produktif. Sebaliknya, rantau ini berhasrat berinteraksi secara konstruktif dengan AS untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dan menangani cabaran bersama,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan dan Pelaburan Bersama JS-SEZ yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Tambah Zafrul, semangat kebersamaan yang ditunjukkan negara-negara ASEAN dalam isu tersebut adalah sangat menggalakkan.

“Kita mesti mencari penyelesaian yang boleh diterima bersama, adil dan saksama terhadap isu ini, baik secara dua hala mahupun pelbagai hala. Proses ini panjang dan kompleks, namun kita akan lakukan yang terbaik.

“Malaysia memahami kebimbangan dan kesukaran diakibatkan tarif ini terhadap pekerja, pengeluar dan perniagaan kita. Kami tekad untuk mengatasi dan menyesuaikan diri dengan cabaran ini sebagai sebuah negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI