fbpx

Jangan salah guna ayat al-Quran, hadis demi kepentingan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im bercakap pada pemberita ketika ditemui pada Majlis Serahan Sumbangan dan Pelancaran Ibu Pejabat Yapiem di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Parti-parti politik dinasihatkan supaya tidak menjadikan ayat-ayat al-Quran dan hadis sebagai modal pentas ceramah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia termasuk sekiranya perkara yang diucap itu melibatkan pandangan hukum.

Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya perkara itu dielakkan dan dirujuk sahaja kepada pihak berautoriti seperti jabatan mufti atau badan agama di negeri-negeri.

“Pada sayalah, kalau ia melibatkan pandangan hukum, sebaik-baiknya tidak mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan rakyat.

“Sepatutnya kita rujuk kepada pihak-pihak yang berautoriti. Maknanya, dia kalau melibatkan satu pandangan hukum, boleh rujuk kepada jabatan mufti dan negeri-negeri, sebab ini adalah pihak yang berautoriti.

“Tetapi, kalau secara umumnya kalau mana-mana pihak mahu merujuk kepada ayat al-Quran, kepada hadis saya rasa bergantung. Cuma, jangan salah gunakan untuk kepentingan politik, itu yang paling utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serahan Sumbangan dan Pelancaran Bangunan Ibu Pejabat Baharu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) di sini, hari ini.

Mohd. Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pemimpin parti-parti politik yang sering menggunakan agama sebagai bahan kempen bagi meraih undi khusus menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning ketika ini.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi bayangan supaya umat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik, selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa, seiring firman Allah yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI