fbpx

Geng ‘atuk’ samun Kim Kardashian lebih RM50 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM KARDASHIAN tiba menyaksikan pertunjukkan fesyen Balenciaga di Paris pada 3 Mac 2024. – AFP

PARIS – Sekumpulan suspek digelar ‘atuk perompak’ akan dibicarakan akhir bulan ini kerana  mencuri barang kemas bernilai jutaan dolar milik bintang realiti televisyen Ameika Syarikat(AS), Kim Kardashian di Paris pada 2016.

Dalam apa yang disebut akhbar-akhbar Perancis sebagai ‘rompakan abad ini’, sekumpulan lelaki bertopeng meninggalkan hotel mewah penginapan Kardashian di Paris pada Oktober 2016 dengan melarikan permata bernilai jutaan dolar, termasuk cincin berlian dihadiahkan oleh penyanyi rap, Kanye West.

Kardashian akan memberi keterangan secara peribadi pada perbicaraan itu yang bermula  28 April ini, kata peguamnya di AS,  Michael Rhodes, minggu lalu.

Seramai 10 suspek akan berada di kandang tertuduh, manakala keputusan perbicaraan  dijangka 23 Mei ini.

Nilai rompakan tersebut sekitar AS$11.4 juta(RM50.2 juta). Ketika kejadian, Kardashian berada di Paris untuk menghadiri minggu fesyen.

Antara suspek yang ditahan empat bulan kemudian di Paris dan selatan Perancis termasuk  Aomar Ait Khedache, 68,  dikenali sebagai ‘Omar Tua’. Lelaki itu mengaku turut serta dalam rompakan tetapi menafikan tuduhan dia ketua kumpulan penyamun tersebut.

Pada malam 2-3 Oktober 2016, sebilangan lelaki dengan sesetengah mereka menyamar sebagai anggota polis, masuk ke hotel penginapan Kardashian. Mangsa ketika itu berusia 35 tahun.

Bintang realiti itu menghadiri pertunjukan fesyen Givenchy sebelum kembali ke hotel sekitar tengah malam tanpa pengawal peribadi. Mereka menyertai saudara perempuannya, Kourtney yang berhibur di kelab malam.

Dua perompak itu mengacukan pistol di kepala Kardashian dan meminta dia menyerahkan cincin berliannya.

Cincin itu dianggarkan bernilai AS$4 juta (RM17.6 juta).

Perompak-perompak itu kemudian mengikat Kardashian, menutup mulutnya dan membawa mangsa ke bilik air.

Keseluruhan rompakan itu mengambil masa hanya  10 minit. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI