fbpx

Duo Brentford jelmaan Salah-Mane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBEUMO (kiri) dan Wissa masing-masing berjaya meledak lebih 15 gol EPL musim ini. - AFP

LONDON – Dua bintang utama Brentford, Bryan Mbeumo dan Yoane Wissa terus cemerlang dalam usaha untuk mengulangi pencapaian hebat pernah dicipta Mohamed Salah dan Sadio Mane bersama Liverpool sebelum ini.

Mbeumo dan Wissa muncul gandingan kedua dari Afrika berjaya merekodkan lebih 15 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika kedua-duanya cemerlang untuk memacu kemenangan 4-2 ke atas Brighton di Stadium Komuniti Gtech kelmarin.

“Itu adalah pencapaian yang bagus daripada kedua-dua pemain ini. Pujian perlu diberikan kepada mereka atas kerja keras yang dipamerkan sepanjang musim.

“Saya gembira kerana Mbeumo menyinar dan gandingannya bersama Wissa begitu hebat,” kata pengurus Brentford, Thomas Frank ketika mengulas sumbangan yang dimainkan oleh kedua-dua penyerangnya itu.

Pada aksi kelmarin, dua gol dihasilkan Mbeumo merupakan yang ke-18 buat dirinya musim ini, manakala Wissa turut cemerlang dengan mengumpul 16 jaringan peribadi, manakala satu lagi gol Brentford diperoleh menerusi Christian Norgaard.

Sebagai rekod, Salah dan Mane berjaya merekodkan lebih 15 gol antara mereka ketika musim 2018/19 sehingga kedua-duanya diangkat sebagai penerima Anugerah Kasut Emas bersama bekas penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang selepas masing-masing meledak keseluruhan 22 gol.

Bagaimanapun, peluang Mbeumo dan Wissa untuk mencipta sensasi sebagai penjaring terbanyak musim ini dilihat agak sukar disebabkan kecemerlangan Salah yang kini mendahului senarai menerusi 27 gol.

Kedudukan kedua diisi penyerang Manchester City, Erling Haaland dan penggempur Newcastle United, Alexander Isak yang masing-masing terikat 21 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI