fbpx

‘Demi Allah! Saya tak pinjam RM1.5 juta daripada Bonda Rozita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rebecca (kiri) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dia meminjam RM1.5 juta daripada kakak iparnya iaitu Bonda Rozita.

PETALING JAYA – Selebriti sensasi Datin Rebecca Nur Al Islam menepis dakwaan kononnya dia meminjam RM1.5 juta daripada kakak iparnya, Bonda Rozita Ibrahim.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Rebecca bersumpah dia tidak pernah menerima sejumlah wang seperti yang hangat diperkatakan dalam media sosial.

“Sumpah demi nama arwah ayah dan demi nama ibu saya. Saya tak pernah berhutang atau pinjam atau tahu-menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan. Demi Allah dan Rasulullah saya bersumpah!

“Saya terkejut saya difitnah pihak sana dengan tanda pagar #1.5 semasa mereka membuat sesi siaran langsung. Yang ini mungkin pada mereka sekadar konten, tapi tak kelakar ya melibatkan perkara sebegini kerana satu Malaysia ingat saya dapat RM1.5 juta daripada kakak ipar saya.

“Saya tak pernah dapat satu sen pun duit dan perkara ini perlu saya tegaskan di sini demi menjaga nama saya dan keluarga,” tulisnya.

Tambah Rebecca lagi, dia sudah pun memberitahu abangnya tentang perkara ini dan abangnya sudah memaklumkan kepada Bonda Rozita.

“Isterinya berjanji akan membersihkan nama saya serta keluarga mengenai konten fitnah. Pada saya perkara ini bukan main-main. Ini adalah fitnah besar yang saya serta keluarga kena.

“Demi Allah #1.5 juta yang anda semua fikir dan sedang dibualkan itu hanyalah sekadar konten geram daripada pihak sana untuk memalukan saya ketika isu sedang panas.

“Saya percaya insya-Allah kakak ipar saya dapat selesaikan nama baik saya dan keluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu Rebecca juga mengakui silapnya apabila membalas kenyataan Shahida dengan memuat naik sebuah video.

“Silap saya hari itu apabila saya diapi-apikan dengan video daripada pihak sana lalu saya melakukan video balas dengan menjawab semula setiap tuduhan yang mengatakan saya mencari publisiti murahan.

“Saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan.” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI