fbpx

Masih boleh lihat Fu Wa, Feng Yi di Zoo Negara bila rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosly (gambar kecil) memberitahu ketika ini Zoo Negara masih lagi dalam perbincangan dengan pihak NRES berkaitan persediaan sewajarnya berkaitan proses kuarantin Fu Wa dan Feng Yi.

PETALING JAYA – Pengunjung Zoo Negara masih lagi berpeluang untuk melihat serta memberi penghargaan terakhir buat Fu Wa dan Feng Yi menerusi pusat pembelajaran Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) pada masa tertentu sepanjang proses kuarantin pasangan panda gergasi itu.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, ketika ini Zoo Negara masih lagi dalam perbincangan dengan pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkaitan persediaan sewajarnya berkaitan proses kuarantin Fu Wa dan Feng Yi.

“Persediaan masih dalam perbincangan. Pengunjung boleh melihat (Fu Wa dan Feng Yu) dari learning center (PKGP),” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ketika ditanya mengenai maklum balas pengunjung Zoo Negara setelah menerima perkhabaran bahawa pasangan panda gergasi itu bakal dihantar pulang ke China, Rosly berkata, pihaknya masih menunggu laporan secara rasmi berhubung perkara tersebut.

“Saya belum dapat laporan secara rasmi dari pengunjung,” ujarnya.

Terdahulu, NRES dalam kenyataan memaklumkan Fu Wa dan Feng Yi akan dihantar pulang ke Republik Rakyat China (RRC) pada Mei ini.

Kata kementerian itu, ia membolehkan Malaysia menerima pasangan baharu untuk tempoh 10 tahun mulai tahun ini hingga 2035.

Kata NRES, sebagai persediaan, Fu Wa dan Feng Yi akan menjalani proses kuarantin mulai 18 April 2025 di PKGP Zoo Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI