fbpx

16,116 tiket feri sudah terjual sempena LIMA’25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 16,116 tiket feri terjual sempena LIMA'25 setakat ini. - Gambar hiasan

LANGKAWI – Sebanyak 16,116 tiket feri untuk keluar masuk ke pulau peranginan ini telah terjual bagi perjalanan sepanjang penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) mulai 20 hingga 24 Mei depan.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. (Ferry Line), Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, kesemua tiket tersebut dijual secara terus di kaunter dan dalam talian.

“Kami mampu mengangkut 15,000 penumpang setiap hari mulai 20 hingga 24 Mei dan dijangka seramai 75,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri pada waktu tersebut.

“Sebanyak 31 perjalanan masuk dan keluar dari Langkawi setiap hari pada tempoh itu menjadikan jumlah perjalanan sebanyak 155 perjalanan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Jabatan Laut telah membenarkan waktu perjalanan feri dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam, namun pihaknya akan menambah trip tertakluk kepada permintaan penjualan tiket yang akan meningkat secara mendadak.

“Pihak feri tidak mempunyai masalah untuk beroperasi secara optimum, namun apa yang menjadi kerisauan kepada nakhoda feri adalah perjalanan pada waktu malam kerana risiko terlalu tinggi.

“Walau bagaimanapun, faktor kesiapsiagaan operasi pada waktu malam akan sentiada dipertingkatkan serta berwaspada supaya dapat mengurangkan insiden seperti tersangkut tali, terlanggar objek keras yang berkaitan dengan kapal korek semasa kerja-kerja pengerukan,” ujarnya.

Tambahnya, bagi kerja-kerja pengerukan bagi mendalamkan alur pelayaran, beliau dimaklumkan ia akan disiapkan sebelum acara berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI