PETALING JAYA – Servis membasuh kereta sudah menjadi perkara biasa, namun kali ini, tular di media sosial mengenai perkhidmatan mencuci kenderaan berat yang luar biasa.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Syagreyyy, video pendek itu memaparkan senarai harga cucian untuk pelbagai jenis kenderaan berat.
Namun, yang lebih mengejutkan apabila kenderaan seperti kapal terbang, helikopter dan kapal selam turut tersenarai.
“Lama dah tak basuh helikopter dekat rumah tu, boleh datang sini,” tulis pemilik akaun tersebut secara berseloroh di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dan tidak menyangka kenderaan udara serta laut turut termasuk dalam senarai servis mencuci berkenaan.
“Murah dah tu harga dia bagi, kapal terbang besar woi,” komen @RiderSado.
“Backhoe, bas ok lagi. Nahh sekali helikopter, jet pejuang, kapal selam. Ini next level,” tulis @Bystrohodnyi_tank_5.
Pemilik akaun itu juga membalas komen-komen lucu dengan mengatakan, “Mana tahu betul-betul datang. Senang dah ada harga.”
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 100,300 tanda suka, 3,532 komen dan 63,000 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@syagreyyy Lama dah tak basuh helikopter kat rumah tu boleh datang sini. wkwkwk🤣 Langkap ajeee komeee.