fbpx

‘Tolonglah mama, papa, jangan play victim, bayar hutang mereka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEN sudah tidak tahan berdepan isu tanpa kesudahan itu selain merayu orang tuanya melunaskan wang yang digunakan atau dipinjamkan sebelum ini.

PETALING JAYA – Tidak tahan diganggu individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan ibu bapanya, penyanyi Ben Ladin membuat laporan polis bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Kata Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin, 24, orang tuanya itu tidak hanya menipu pihak luar, malah ahli keluarga terdekat turut diperdayakan termasuk anak sendiri sejak beberapa tahun lalu.

“Berapa lama lagi? Mula-mula fikir nak diam sahaja tapi sampai ke telinga sendiri diaibkan orang yang kita jaga aibnya. Mana pergi duit Ben? Mana duit datuk? Mana pergi duit projek raya yang guna nama Ben?

“Mana duit mangsa-mangsa lain? Mangsa dia bukan seorang dua tetapi sangat ramai termasuk orang asing. Salah satunya adalah ibu bapa mereka sendiri.

“Walau mereka ibu bapa saya, salah tetap salah. Seperti mana saya maklumkan, saya sudah beri keterangan dekat balai polis,” tulis Ben dalam Insta Story.

Dalam hantaran lain, penyanyi Hikayat Ben Ladin itu turut memuat naik gambar bapanya, Munshi Shaihan yang pernah tular atas dakwaan melakukan penipuan terhadap ramai mangsa sebelum ini.

Dedah Ben lagi, setiap hari dia mendapat panggilan telefon daripada pelbagai individu yang dipercayai berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapanya.

Akuinya, dia sudah tidak tahan berdepan isu tanpa kesudahan itu selain merayu orang tuanya melunaskan wang yang digunakan atau dipinjamkan sebelum ini.

“Jujur saya sangat penat dengan semua ini. Jangan kata setiap bulan, hampir setiap hari dapat cerita baru nak duit.

“Tolonglah papa mama, serah diri kepada mangsa. Ganti duit-duit mangsa. Jangan ‘play victim’,” ujarnya.

Menurut Ben, jumlah wang dituntut mangsa melibatkan angka besar sekali gus dia tidak berkemampuan untuk menggantikannya.

“Saya minta maaf kerana tiada cara lain saya boleh bantu. Jumlah wang yang dikumpul semua mangsa sangat besar.

Terdahulu, dalam perkongsian terawal menerusi media sosialnya, Ben mendedahkan banyak pihak takut untuk mengundangnya menjayakan acara disebabkan perbuatan ibu bapanya.

Dia bahkan mendakwa individu terbabit menyalahgunakan kad pengenalannya, meniru tandatangan dan mencagarkan keretanya.

Ben bertindak sedemikian bagi menghentikan penipuan yang dikatakan semakin menjadi-jadi selain menganggu emosi dan bimbangkan keselamatan isteri serta ahli keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI