PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di lapan negeri sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang), Kelantan (Kuala Krai) dan Terengganu (Besut).
“Amaran ribut petir juga dikeluarkan di beberapa kawasan yang terjejas di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Pekan dan Rompin), Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Turut terlibat adalah Sarawak di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang manakala di Sabah, di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE