fbpx

Kilang potong gaji pekerja solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sejumlah jemaah berada di Masjid Al Akbar, Surabaya. - Foto AFP

JAKARTA – Sebuah kilang alat ganti kenderaan di Surabaya didakwa memotong gaji pekerjanya yang menunaikan solat Jumaat lebih dari 20 minit, lapor laman berita Tribun Jabar hari ini.

Seorang pekerja yang enggan namanya didedahkan memberitahu bahawa pemotongan gaji sebanyak 10,000 rupiah (RM2.60) akan dikenakan untuk setiap satu hari.

Seorang bekas pekerja kilang tersebut, Peter Evril Sitorus berkata, pemotongan gaji itu sudah berlaku untuk tempoh yang lama.

Susulan dakwaan tersebut, Menteri Agama, Nasaruddin Umar berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Sementara itu, kilang tersebut juga didakwa menyimpan sijil lepasan sekolah pekerjanya dan mereka perlu membayar 2 juta rupiah (RM500) jika mahu mendapatkannya semula.

“Ketika meletak jawatan, saya sudah tahu bahawa sijil tidak akan dikembalikan (kerana perlu bayar 2 juta rupiah),” kata seorang bekas pekerja, Ananda Sasmita Putri Ageng. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI