fbpx

Kes Norizan langgar empat pelajar UiTM ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizan (tengah) dibawah keluar dari kamar mahkamah selepas dituduh cuba membunuh seorang pelajar UiTM Dungun di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun sewaktu memandu kenderaan utiliti sukan, Honda BR-V pada enam bulan lalu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Tertuduh, Norizan Ismail, 50, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20 di Jalan Pantai, Dungun pada pukul 7.30 malam, 9 Oktober 2024.

Norizan didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan (KK) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Sebelum ini pada 2 Mac lalu di mahkamah sama, Norizan yang juga ibu tiga anak turut membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan membunuh tiga pelajar UiTM Dungun lain yang juga rakan Muhammad Ammar Danish.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun serta Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! 11 Oktober tahun lalu melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan Honda HR-V dipandu Norizan.

Sewaktu kemalangan, tertuduh dikatakan memandu kenderaan tersebut tanpa pengetahuan suami dan anak bongsunya yang sedang mengerjakan solat maghrib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI