fbpx

Jodoh Ivan Mamut bersama TFC berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAMUT (kanan) sedih untuk meninggalkan TFC sebaik kontraknya berakhir selepas aksi menentang KDA FC malam ini.

PENYERANG import Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut mengesahkan kontraknya bersama Sang Penyu bakal berakhir sejurus aksi terakhir Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam ini.

Pemain dari Croatia itu memohon maaf kepada penyokong TFC kerana tidak dapat memberi sumbangan bermakna musim ini ekoran masalah kecederaan berpanjangan.

“Saya mohon maaf tidak mampu membantu kelab musim ini. Sedih terpaksa mengakhiri perjalanan saya bersama pasukan dengan cara begini.

“Tiada siapa yang mahukan kecederaan, tetapi inilah realiti yang perlu saya terima,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mamut mengalami kecederaan pada tendon buku lali kiri sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Finland sewaktu pramusim.

Ia memaksa penyerang berketinggian 1.92 meter itu menjalani proses pemulihan jangka panjang sehingga tidak dapat beraksi walaupun satu perlawanan bersama TFC musim ini.

Mamut berkata, beliau tetap akan mengenang kenangan indah bersama Sang Penyu terutama sewaktu muncul penjaring terbanyak dengan meledak 23 gol pada musim lalu.

Katanya, beliau juga bersyukur pernah menjadi sebahagian skuad TFC yang berjaya ke pentas Asia dua musim berturut-turut sebelum ini.

“Walaupun nanti saya bukan lagi sebahagian daripada TFC, saya akan tetap menyokong kelab ini dari jauh. Kenangan bersama penyokongnya dan orang Terengganu akan sentiasa dekat di hati saya,” katanya.

Ketiadaan Mamut memberi kesan terhadap ketajaman barisan hadapan TFC sehingga skuad Sang Penyu gagal mengekalkan prestasi cemerlang sebelum ini dengan sekadar berpuas hati di tangga kelima Liga Super musim ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI