fbpx

Polis tahan 178 suspek serang KFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail protes pro-Palestin di restoran KFC pinggir Islamabad. - Foto AFP

ISLAMABAD – Polis menahan beratus-ratus orang sejak beberapa minggu lalu selepas lebih  10 rangkaian restoran makanan segera popular, KFC diserang di Pakistan, lapor saluran berita CNN semalam.

Beberapa pegawai berkata, serangan berpunca daripada sentimen anti-Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel yang melancarkan perang di Semenanjung Gaza.

Polis di bandar-bandar besar Pakistan termasuk ibu negara,  Islamabad dan hab kewangan, Karachi mengesahkan sekurang-kurangnya 11 serangan telah berlaku.

Restoran-restoran KFC itu diserang oleh kumpulan penunjuk perasaan bersenjatakan kayu dan dirosakkan. 

Sekurang-kurangnya 178 orang ditangkap, kata seorang pegawai polis minggu ini.

Menurutnya,  seorang pekerja KFC turut ditembak dan dibunuh pada minggu ini di sebuah kedai di pinggir bandar Lahore oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali. 

Pegawai itu berkata, polis sedang menyiasat sama ada pembunuhan itu bermotifkan sentimen anti-AS atau sebab lain.

Sementara itu, di Lahore, polis berkata, mereka meningkatkan kawalan keselamatan di 27 restoran KFC di sekitar bandar itu selepas dua serangan berlaku, manakala lima yang lain berjaya dihalang.

“Kami sedang menyiasat peranan individu dan kumpulan berbeza dalam siri serangan ini,” kata pegawai kanan polis Lahore, Faisal Kamran.

Beliau berkata, 11 orang termasuk seorang anggota parti Tehreek-e-Labbaik Pakistan telah ditangkap di Lahore. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI