fbpx

Pengalaman luas bantu kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AZMI (kanan) menenangi jawatan timbalan presiden sementara Norza kekal sebagai presiden pada pemilihan MOM hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Hari cukup bermakna buat Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baharu bagi penggal 2025-2029.

Beliau menganggap pengalaman sebagai naib presiden badan induk itu selain pernah dilantik sebagai ketua kontinjen (CDM) negara ke Sukan SEA Vietnam 2021 menjadi kelebihan buatnya pada pemilihan kali ini.

Nur Azmi berkata, kemampuannya menerajui MAKAF selain memimpin kontinjen negara melepasi sasaran 36 pingat emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 apabila berjaya membawa pulang 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.

“Pertama sekali saya ucap terima kasih kepada semua presiden dan perwakilan yang datang mengundi. Mungkin mereka nampak dari segi kerja, niat dan hasrat saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“Sebenarnya (kemenangan) bukan mudah. Kelebihan saya sebagai mantan naib presiden dan pernah menggalas tugas sebagai CDM di Hanoi. Banyak masalah dapat saya selesaikan,” katanya selepas pemilihan pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGA) MOM di Kuala Lumpur hari ini.

Pada pertandingan dua penjuru itu, Azmi yang juga pemilik kelab bola sepak Melaka FC menewaskan Presiden Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz menerusi kemenangan 70-20.

Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengekalkan jawatan yang disandang buat penggal ketiga berturut-turut selepas beliau tidak dicabar untuk kerusi tersebut.

Jawatan naib presiden diisi Azizul Annuar Adenan, Datuk Mohd. Sumali Reduan, Datuk Mohammad Iruan Zulkefli, Nurul Huda Abdullah dan Datuk Chong Kim Fatt.

Kerusi setiausaha agung pula dimenangi Datuk Mohd. Nasir Ali dibantu Moira Tan Siew See dan Ahmad Arif Astaman selaku pembantu, manakala jawatan bendahari diisi Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin dengan Datuk V. Subramaniam sebagai penolong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI