fbpx

Pemandu Hyundai Sonata rentung dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

PENDANG – Pemandu kereta jenis Hyundai Sonata yang rentung dalam kemalangan di Kilometer (KM) 65.4, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini semalam dikenal pasti sebagai Cheah Ah Kok, 61.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa ialah peniaga rumah urut dan beralamat di Batu 3, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar dekat sini.

“Semakan dengan pemilik kenderaan nombor pendaftaran BGK 2338 iaitu wanita beralamat di Kuala Lumpur mendapati pemandu kereta itu ialah suaminya, Cheah Ah Kok berusia 61 tahun. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan seorang pemandu yang belum diketahui identitinya ditemukan rentung dalam kereta yang terbakar selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 65.3 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara pada pukul 11.30 malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI