fbpx

JPJ lancar nombor pendaftaran istimewa A A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (dua dari kanan) merasmikan nombor pendaftaran kenderaan istimewa negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan nombor pendaftaran istimewa siri A A sempena menyambut ulang tahun Hari JPJ ke-79 yang diadakan di Perak.

Menurut jabatan itu, nombor siri tersebut akan dibuka bidaan secara dalam talian menerusi sistem JPJeBid selama lima hari bermula pukul 10 malam pada 19 hingga 23 April ini.

“Nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri A A yang dimaksudkan adalah tanda indeks prefiks A (hadapan) dan surfiks A (belakang). Keputusan penawaran NPI ini akan diumumkan pada 24 April 2025,” katanya.

Pelancaran nombor pendaftaran itu dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang hadir pada majlis peluncuran sambutan ulang tahun Hari JPJ Ke-79 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, modul Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Bahagian 01 (KPP01) motosikal dan kereta telah distruktur semula dan diintergrasikan, yang mana calon hanya perlu menduduki satu kelas teori modul KPP01 bagi kedua-dua kelas kenderaan tersebut.

Katanya, penggunaan modul itu dijangka berkuat kuasa pada penghujung tahun ini. Langkah tersebut mampu menjimatkan masa dan kos selain meningkatkan keberkesanan pembelajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI