fbpx

Gergasi Merah mahu penutup gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR (jersi merah) mempunyai rekod cemerlang menentang PDRM FC sebelum ini.

PASUKAN Selangor FC tidak mahu ‘goyang kaki’, sebaliknya tekad menamatkan saingan Liga Super musim ini dengan kemenangan menjelang aksi terakhir bertemu Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) di Stadium MB Petaling Jaya malam ini.

Perlawanan melibatkan Gergasi Merah menentang The Cops boleh dianggap sudah ‘tiada makna’ memandangkan kedudukan tuan rumah selaku pasukan No. 2 liga tidak akan tergugat.

Namun, ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi percaya barisan pemain perlu kekalkan sikap profesional di atas padang dengan menghadiahkan kemenangan buat ribuan penyokong yang hadir.

Kinoshi berkata, pengalaman menentang PDRM FC ketika final Piala Cabaran pada Februari lalu turut memberikan kelebihan buat mereka dalam usaha meraih tiga mata berharga.

“Kita dah dua kali bertemu PDRM FC sebelum ini dalam saingan final Piala Cabaran dan sudah tentu kami arif dengan corak permainan yang bakal mereka terapkan.

“Cuma, saya tidak mahu terlalu fokuskan tentang pasukan lawan dan kita tumpukan corak permainan sendiri.

“Saya tetap jangkakan aksi yang sukar kerana mereka mahu menang, kita juga mahu menang nanti,” kata pengendali dari Jepun itu.

Mengulas lanjut, Kinoshi menjelaskan hanya keputusan positif diburu bagi menamatkan musim ini dengan lebih baik sebagai persiapan mengharungi kempen Liga Super 2025/2026 nanti.

“Saya harap semua orang bersikap profesional kerana ini adalah aksi kompetitif terakhir. Kita berpuas hati dengan pencapaian semasa dan akan memikirkan perancangan masa depan sejuruh tamat kempen musim ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI