fbpx

45 PATI ‘tak senang’, Imigresen serbu restoran di Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu diperiksa JIM Kuala Lumpur pada Ops Selera di sekitar Bukit Bintang, semalam. - Foto JIM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menahan seramai 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Selera yang dijalankan pada semalam.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi bermula sekitar pukul 10.40 malam itu melibatkan seramai 35 pegawai Imigresen yang menyasarkan premis-premis makanan di sekitar Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang.

Menurutnya, sebanyak 68 individu telah diperiksa di lapan lokasi berbeza sekitar kawasan itu.

“Daripada jumlah individu diperiksa seramai 45 orang ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“Tangkapan melibatkan 14 warga Yaman, Syria (tujuh), Pakistan (empat), Bangladesh (10), Mesir (empat), Indonesia (tiga), manakala Myanmar, Afghanistan serta Filipina masing-masing seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, antara kesalahan dikesan adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

Dalam operasi itu juga kata Wan Mohammed Saupee, sebanyak empat Borang Imm.29 atau saman kepada saksi turut dikeluarkan dalam operasi berkenaan.

“Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI