fbpx

2 lelaki dicekup curi 4 tayar kereta buatan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA buatan tempatan kehilangan empat tayar. - Foto VNExpress

HANOI – Dua lelaki ditahan di Wilayah Thai Nguyen, Vietnam kerana mencuri tayar kenderaan Vinfast VF3 yang diletakkan di bahu lebuh raya, lapor portal berita VnExpress kelmarin.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Nguyen Van Dai, 31, dan Nguyen Quang Truong, 28, yang mempunyai rekod jenayah lampau kerana mencuri, kesalahan dadah dan melakukan serangan.

Kecurian berlaku apabila Dai dan Truong yang menunggang motosikal mencari barang berharga untuk dicuri  sebelum melihat kereta itu diletakkan di bahu Lebuh Raya Nasional 3, baru-baru ini.

Mereka turun daripada motosikal dan batu bata diletakkan di bawah lantai kereta sebelum menanggalkan kempat-empat tayarnya.

Mereka menyembunyikan tayar yang dicuri di rumah Dai sebelum dia memindahkannya ke tempat lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI