fbpx

2 hilang nyawa ambil dadah ‘Labubu’ di pesta Songkran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung Labubu yang dipamerkan di premis Pop Mart. - Gizmodo

BANGKOK – Pusat Racun Ramathibodi mengeluarkan amaran pengambilan dadah berbahaya dalam bentuk anak patung, Labubu semasa pesta Songkran di Bangkok, baru-baru ini, lapor portal berita The Nation. 

Pil dadah itu memiliki bentuk Labubu iaitu watak dicipta oleh pereka Hong Kong bernama Kasing Lung.

Menerusi siaran di laman Facebook, Pusat Racun Ramathibodi melaporkan, seramai tiga individu yang menghadiri pesta Songkran didapati menggunakan dadah itu. 

Mereka mengalami reaksi teruk termasuk tidak sedarkan diri, kejang otot, kegagalan pernafasan dan serangan jantung. 

Dua disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi masih berada di unit rawatan rapi (ICU).

Penemuan awal mendapati dadah itu mengandungi kombinasi pil perangsang dan depresan yang mengancam nyawa manusia. 

“Bagaimanapun, analisis makmal masih dijalankan untuk mengenal pasti ramuan sebenar dadah ini,” tambahnya. 

Pihak berkuasa Thailand akan bekerjasama dengan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI