KUANTAN – Bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson hadir ke Mahkamah Syariah di sini hari ini bagi sebutan semula kes.
Zahnita yang memakai jubah biru muda yang ditemani abangnya tiba pada pukul 8.55 pagi manakala suaminya, Abd. Zackery Ghouse, 47, pula tiba tidak lama kemudian.
Tiga kes yang akan disebut hari ini adalah tuntutan atau permohonan perceraian, permohonan perintah injunksi berhubung gangguan dan tuntutan hadhanah atau hak lawatan serta bermalam anak-anak.
Pada 2 Disember lalu, Zahnita berkongsi gambar di Instagram memaparkan mata kirinya dalam keadaan lebam.
Dakwa aktres itu, kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah suami selain mengatakan Zackery mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret atas dua tuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.
Bagaimanapun lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
Tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Zahnita kemudian memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah pada 3 Disember lalu.
Pada Mac lalu pula, Abd. Zackery memaklumkan pihak mahkamah menggugurkan tuduhan terhadap dirinya atas dakwaan mendera empat anak selain mendapat hak lawatan dan bermalam.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2005. Hasil perkahwinan itu Zahnita dan Abd. Zackery dikurniakan empat anak iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden Ghouse, 4.- KOSMO! ONLINE