PETALING JAYA – “Abang bomba lupa dukung yang akhir tu, kesian dia kena turun sendiri tinggi-tinggi.”
Demikian seloroh netizen yang menonton video tular memaparkan aksi comel anggota bomba membantu beberapa kanak-kanak turun dari sebuah jentera dalam satu program komuniti baru-baru ini.
Menerusi rakaman berdurasi kurang satu minit itu, kelihatan anggota bomba dengan mendukung setiap kanak-kanak dari jentera dengan penuh sabardan mesra sambil disambut dengan senyuman oleh si cilik.
Namun, yang mencuri perhatian netizen apabila terdapat seorang wanita berada di atas jentera dipercayai pengiring atau guru kumpulan kanak-kanak itu, namun tidak dibantu anggota terbabit.
Tindakan spontan itu mengundang reaksi lucu daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat spontan anggota tersebut apabila dikatakan ‘lupa’ kerana masih terdapat seorang lagi ‘penumpang’ di atas jentera berkenaan.
“Abang bomba lupa dukung yang akhir tu, mungkin ingat dia boleh turun sendiri,” komen Ayuni.
“Abang bomba tertinggal seorang lagi baju putih,” usik Haleyda.
“Dia (penumpang wanita) nak dukung juga, tapi takut salah faham, itu yang terus berlalu pergi. Kalau didukung takut abang bomba tak mampu padamkan api marah suami kakak tu,” seloroh Faizal. – KOSMO! ONLINE
@farhanhafifi93 Jentera tggi sgt…🤦 #bombamalaysia #bombapudu #fyp #fypシ #fypviralシ ♬ original sound – Farhanhafifi