fbpx

Tempoh tiga hari baiki laluan runtuh di Jalan Gua Musang-Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmawi (belakang, kiri) semasa meninjau keadaan jalan sementara sepanjang 30 meter yang runtuh di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Kerja-kerja baik pulih jalan lencongan sementara yang runtuh sepanjang 30 meter di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli dijangkan boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, syarikat konsesi bertanggungjawab yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan kerja secepat mungkin bergantung kepada keadaan semasa dan faktor cuaca.

Katanya, laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan kerana terdapat pergerakan air di bawah tanah akibat pembetung yang pecah.

“Kerja membaik pulih laluan itu akan segera dilaksanakan. Jika cuaca baik, pihak konsesi akan melaksanakan kerja itu dalam masa dua hingga tiga hari.

“Jalan lencongan sementara itu hanya akan dibuka untuk kegunaan masyarakat setempat seperti pelajar yang ingin ke sekolah dan kes kecemasan sahaja apabila ia siap selepas ini,” katanya ketika meninjau keadaan jalan lencongan yang runtuh di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di sini semalam.

Mohd. Azmawi memberitahu, berdasarkan maklumat awal, kejadian runtuhan tanah yang berlaku itu dikategorikan agak teruk selepas hujan berterusan dan aliran air di kawasan berhampiran tidak dapat mengalir keluar sehingga pembetung pecah.

“Ini merupakan kejadian runtuhan tanah kali kedua dalam masa dua minggu. Kenderaan berat seperti lori, treler dan bas perlu melalui jalan yang disarankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya, laluan alternatif FT066 iaitu Jalan Sungai Sam-Jeli.

“Kenderaan ringan pula perlu melalui jalan Simpang Jerek-Kampung Ingin Maju-Jalan Bertam-Kemubu-Simpang Kemubu-Jelawang,” katanya.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan, jalan lencongan sementara di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di sini ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian runtuhan tanah sepanjang 30 meter susulan hujan lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI