fbpx

Sindiket jual bayi tawar sehingga RM50,000 dikesan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan sindiket penjualan bayi menawarkan bayaran antara RM5,000 hingga RM50,000 kepada individu yang menguruskan pembelian dan penyediaan sijil kelahiran.

Menurut sumber, siasatan awal SPRM dipercayai sejumlah kira-kira RM400,000 transaksi berlaku membabitkan sindiket tersebut yang dikesan beroperasi sejak 2021.

“SPRM masih lagi dalam siasatan untuk mengenal pasti dalang-dalang sindiket yang terlibat dalam isu ini.

“Siasatan awal turut mendapati modus operandi yang digunakan oleh ejen adalah melalui iklan-iklan di media sosial dan juga melalui kenalan atas kenalan,” katanya hari ini.

Rabu lalu, SPRM telah menahan reman 14 individu kerana disyaki terlibat mengemukakan borang daftar kelahiran yang mengandungi butiran matan palsu berkenaan pengesahan kelahiran bayi-bayi sedangkan tiada rekod kelahiran di hospital-hospital yang terlibat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi berkata, SPRM kini dalam proses untuk mengesan lebih ramai individu atau ejen yang terlibat dalam membekalkan bayi-bayi serta yang terlibat dalam penyediaan dokumen palsu.

“SPRM juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI